Penganggur durjana ditahan, 30 kali liwat budak 12 tahun di asrama

Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki meliwat kanak-kanak yang juga anak kepada pembantu guru di sebuah asrama lelaki di Melaka Tengah.

Keterlaluan, pemuda yang berasal dari Pulau Pinang itu tergamak menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun

sebagai pemuas nafsu dengan meliwatnya sebanyak 30 kali.

Penganggur durjana ditahan, 30 kali liwat budak 12 tahun di asrama

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, kejadian yang mencemaskan itu berlaku sepanjang Mei lalu di sebuah asrama lelaki khusus buat saudara baharu.

Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirinya telah mula diliwat oleh suspek yang juga rakan sebiliknya kira-kira pada pukul 3 pagi, 14 Mei lalu, lapor Harian Metro.

Baca Artikel Penuh