Pelajar IPT tidur dalam kereta, tak dapat kolej di universiti

Pelajar IPT tidur dalam kereta, tak dapat kolej di universiti. “Budak-Budak Nak Masuk Kolej Sesuai Ada Kereta Kancil” pendapat yang diutarakan ini begitu bernas sekali. Tak salah jika kita praktikkan perkara ini.

Seperti mana yang diluahkan oleh Puan Normaliza Mahadi menerusi akaun Facebooknya ada kebenarannya.

“Budak-Budak Nak Masuk Kolej Sesuai Ada Kereta Kancil”

Sebelum ini hangat dibangkitkan tentang isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa. Bergelar seorang mahasiswa sebenarnya merupakan satu pengalaman yang cukup berharga bagi setiap individu.

Idea dari Puan Normaliza ini juga boleh dipraktikkan, apatah lagi kos memiliki kereta Perodua Kancil pada waktu ini bukanlah terlalu mahal.

Pelajar IPT tidur dalam kereta, tak dapat kolej di universiti

“Saya tengok ada kancil yang dijual lebih kurang RM3k. Lepas tu kenalah baiki sana sini lebih kurang RM2k. Tambah lagi tukar nama, road tax dan insurans katalah RM1k.

“Total RM6k. Kereta. Ada aircond. Ada bumbung. Ada enjin. Ada tayar. Boleh travel ke mana sahaja.

“Budak-budak yang nak masuk kolej sesuai ada kereta ni. Masa cuti sekolah tingkatan 4 dan 5 tu pergi kerja. Simpan duit dan ambil lesen.

“Nak masuk kolej beli kereta cash. Lesen dah ada.

“Tak dapat asrama jadikan aje kancil ni tempat tidur. Pagi mandi kat masjid. Kat kolej ke.

Kereta Kancil Sebagai Camping Car

“Tengok kat youtube macamana ada orang ni jadikan kereta kancil sebagai camping car. Boleh tidur. Boleh masak. Boleh simpan barang.

“Kalau di luar negara ramai pelajar kolej duduk dalam kereta juga. Sebab tak ada duit sewa rumah. Elok dia orang hidup dan grad.

Pelajar Rajin-Rajinlah Cari Duit Ekstra

“Masa sekolah ni pergilah cari duit extra. Makbapak bukan senang. Usahalah sendiri nak belajar. Jangan harap semua kat makbapak.

“Ini semua harap makbapak. Cuti sekolah tidur sampai petang. Basuh pinggan pun pemalas (kepada yang bukan macam ni jangan kecil hati) Kan?” kongsi Puan Normaliza.

“Guna Kancil Kawan-Kawan Pun Boleh Tumpang Pergi Kelas” Komen Warganet

Menerusi ruangan komen warganet menerima komen pendapat ini secara positif. Malah ada yang terbuka minda bila membaca idea ini!

“Budak-Budak Nak Masuk Kolej Sesuai Ada Kereta Kancil, Tak Dapat Asrama Jadikan Tempat Tidur”

“Budak-Budak Nak Masuk Kolej Sesuai Ada Kereta Kancil, Tak Dapat Asrama Jadikan Tempat Tidur”

BACA:

Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta, riuh satu kampung

Ramai geram Caprice bagi petrol percuma sampai sesak satu Keramat

Caprice bertegas tak nak minta maaf dengan SM Faisal, bakal berdepan di court