Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta, riuh satu kampung

Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta riuh satu kampung

Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta, riuh satu kampung. Seorang lelaki di Johor yang bekerja di Singapura berjaya memenangi ‘cabutan bertuah’ apabila memperoleh Supreme Toto 6/58 bernilai RM32 juta pada Rabu lalu, lapor MothershipSG.

Dalam catatan Facebook pada hari Rabu, Sports Toto Malaysia berkata tiket System 8 yang dimenangi beliau telah dibeli di Johor Bahru.

“Saya dan isteri sangat gembira kerana impian kami telah menjadi kenyataan,” kata lelaki berusia 44 tahun itu yang dipetik dalam catatan Sports Toto.

“Saya akan terus bekerja dan menggunakan wang kemenangan untuk membayar pinjaman perumahan, membeli beberapa hartanah, menubuhkan tabung pendidikan untuk kanak-kanak dan menderma kepada pertubuhan kebajikan,” tambahnya.

Lelaki bertuah itu bekerja sebagai penyelia untuk sebuah syarikat perdagangan di Singapura tetapi tinggal di Johor, menurut laporan The New Straits Times.

Lelaki dari Johor menang jackpot RM32 Juta, riuh satu kampung

“Saya sentiasa bertaruh pada permainan Toto 4D Jackpot dan Supreme Toto 6/58 hanya untuk suka-suka, dan saya tidak pernah menjangkakan saya boleh menjadi pemenang jackpot suatu hari nanti,” katanya dipetik dalam laporan itu.

“Nombor kemenangan – 1, 3, 9, 11, 26 dan 47 adalah antara nombor kegemaran saya yang sering saya pertaruhkan,” tambahnya.

BACA:

Ramai geram Caprice bagi petrol percuma sampai sesak satu Keramat

Selamat tinggal Zul Ariffin, bakal menetap di Mekah tahun hadapan

Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular

CATEGORIES