Panas !!! Selepas jumpa PM, pemimpin Bersatu serah kepada Agong tentukan pemimpin negara

“InsyaAllah, akan ada (pengumuman) tapi kita tunggu esok,” itu kata Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof mengenai spekulasi Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai PM esok.

“Sekarang bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara dipimpin oleh mereka yang mengutamakan rakyat,” kata Redzuan selepas menghadiri mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Muhyiddin menimbang untuk meletak jawatan sebagai “pilihan terakhir” demi kebaikan rakyat.

Muhyiddin pm

Redzuan berkata mesyuarat lebih dua jam itu membincangkan “halatuju sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan,” tetapi tidak mengulas lanjut.

Beliau juga membidas tindakan Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai tidak bertanggungjawab.

“Sepatutnya mereka memastikan kelangsungan usaha perdana menteri dan (kerajaan) PN,” kata beliau.

Antara yang menghadiri mesyuarat hari ini adalah Timbalan Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Muhyiddin dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah esok untuk meletak jawatan dan pengumuman rasmi di jangka menyusul selepas pertemuan itu.

Kerajaan PN pimpinannya kini terumbang ambing setelah dilaporkan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat susulan 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Jumaat lalu, Muhyiddin menawarkan pelbagai tawaran kepada pembangkang dan Umno, termasuk mengadakan pilihan raya umum selewat-lewatnya Julai depan, peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen dan melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.

Ini dengan syarat mereka bersetuju menyokong beliau dalam usul percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran perdana menteri itu ditolak oleh semua parti pembangkang dan pimpinan Umno yang mendakwa ia cubaan Muhyiddin merasuah secara terbuka untuk kekal berkuasa.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/15/mesyuarat-bersatu-selesai-sekarang-bergantung-kepada-agong-tentukan-pemimpin-kata-redzuan/

 

BACA JUGA :

Hadi gesa terima tawaran Muhyiddin, tolak punca rasuah berkuasa kembali

Sah Muhyiddin letak jawatan, Isnin umum secara rasmi

Panas !!! Muhyiddin jumpa semua Ahli Parlimen PN pagi ini