Panas !!! Muhyiddin jumpa semua Ahli Parlimen PN pagi ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah meninggalkan kediamannya untuk menghadiri mesyuarat khas ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) pagi ini.

Perdana Menteri itu telah meninggalkan kediaman peribadi di Bukit Damansara itu jam 9.04 pagi diiringi dua motosikal polis berkuasa tinggi serta dua kenderaan pengiring pacuan empat roda.

Muhyiddin selaku Pengerusi PN dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas ahli-ahli Parlimen PN itu di Publika jam 9 pagi ini.

Mesyuarat itu akan dihadiri semua ahli-ahli Parlimen PN termasuk pemimpin tertingginya dilaporkan akan membincangkan langkah dan rancangan seterusnya membabitkan pentadbiran kerajaan dan soal menghadap di Istana Negara esok.

Mesyuarat itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di ibu pejabat parti berkenaan di Yayasan Selangor di Petaling Jaya sebelum ditukarkan rancangannya untuk diadakan pagi ini di Publika.

MUHYIDDIN

Ahli Parlimen Pagoh itu telah membuat beberapa tawaran kepada pembangkang dua hari lalu untuk mengekalkan pentadbiran kerajaannya menerima pelbagai tempias.

Bukan sahaja pelawaan beliau ditolak bulat-bulat oleh pembangkang dan juga UMNO, malah beliau ditolak ke dalam keadaan tertekan apabila didesak meletakkan jawatan serta merta.

Berikutan itu, semalam suasana pada Sabtu agak tidak tenang apabila beberapa sumber berita melaporkan perjumpaan tergempar anggota kabinet termasuk Timbalan Menteri bersama di kediaman beliau.

Beberapa kenderaan menteri-menteri Kabinetnya hadir berjumpa Muhyiddin di kediamannya Damansara antaranya Menteri Tugas-Tugas Khas Mohamad Ridzuan Yusoff, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun semalam.

Bagaimanapun mereka menafikan perjumpaan itu adalah pertemuan tergempar anggota Kabinet dan sebenarnya hanyalah perjumpaan pengurusan parti sahaja di rumah Muhyiddin tanpa mengulas lanjut.

Esok Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menyatakan perkembangan terkini kabinet dan juga status beliau selaku perdana menteri yang kini sudah tidak memiliki keabsaan yang dipersoalkan pemimpin dan rakyat secara umum.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/15/muhyiddin-pengerusikan-mesyuarat-ahli-ahli-parlimen-pn-pagi-ini/

 

BACA JUGA :

Sah Muhyiddin letak jawatan, Isnin umum secara rasmi

Panas !!! MP Umno buat ‘Uturn’, Muhyiddin terpaksa letak jawatan – Sumber

Terkini !!! Muhyiddin dijangka menghadap Agong Isnin

Artikel ini disiarkan pada 15/08/2021