Panas !!! MP ingkar arahan MKT Umno bakal diganti calon lain PRU15

Ahmad

MP ingkar arahan MKT Umno bakal diganti calon lain PRU15. Ahli Parlimen Umno yang ingkar arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) harus “ingat” kewujudan ramai pemimpin yang sedia menggantikan mereka sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ahmad Maslan.

“Di luar sana, ramai menunggu berbaris panjang untuk menggantikan mereka di kawasan masing-masing. Ahli Parlimen yang dilihat tak ikut perintah parti kena ingat yang menunggu berbaris panjang. (Parti) bukan tak ada tokoh (lain),” kata Setiausaha Agung Umno itu.

Beliau berkata surat tunjuk sebab Umno kepada Ahli Parlimen parti yang ingkar arahan MKT dan sebaliknya kekal menyokong Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinannya, bukan berupa “ugutan” untuk memecat mereka.

Ahmad Maslan berkata surat itu dikeluarkan mengikut prosedur parti dan sebagai “peringatan” kepada Ahli Parlimen berkenaan bahawa keputusan dan perlembagaan Umno patut dihormati semua.

“Saya hantar surat kepada mereka atas arahan pucuk pimpinan dan ada mengatakan surat itu (satu bentuk) ugutan. Ia bukan ugutan. Sebagai ahli parti, kita kena ikut keputusan parti, hormati apa yang diputuskan parti, termasuk perlembagaan Umno.

MP

“Kita tak ada hasrat pecat,” di sebalik langkah menghantar surat tunjuk sebab berkenaan, katanya menerusi soal jawab di NR Channel TV malam tadi.

Minggu lalu, Umno dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen parti yang membelakangi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sebaliknya kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Mereka dijangka memberi sokongan kepada Muhyiddin apabila beliau menghadapi usul undi percaya di Dewan Rakyat yang dijadualkan bulan depan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 14 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan harus meletak jawatan.

Ahmad Maslan menolak tuduhan kononnya jika menteri dari Umno mematuhi pendirian MKT dengan meletak jawatan, ia bakal menjejaskan program vaksinasi dan usaha memerangi Covid-19.

“Kalau menteri tak ada, ketua setiausaha (kementerian) boleh main peranan, kalau menteri tak ada kementerian boleh berjalan. Kadang-kadang penjawat awam lebih dengar cakap ketua setiausaha dari dengar cakap menteri,” katanya.

Setakat ini dua menteri Umno sudah meletak jawatan.

Ahmad Maslan yakin kemelut dalaman Umno ketika ini tidak akan berpanjangan.

“Ributan (sekarang) antara Ahli Parlimen yang masih bersama kerajaan PN dan yang sudah tarik sokongan khusus dari menyokong Muhyiddin, hanya sementara,” katanya.

Zahid ditekan sebab bukan perdana menteri.

Ketika ditanya terdapat desakan pihak tertentu supaya Zahid berundur sebagai presiden, Ahmad Maslan berkata, desakan itu dibuat oleh golongan oportunis.

“Sebab utama (ada desakan itu) kerana beliau (Zahid) bukan perdana menteri. Dulu presiden Umno adalah perdana menteri, dari jauh lagi kalau jumpa angkat tangan, apabila dekat cium tangan. Jadi apabila presiden bukan berjawatan tinggi ini berlaku.

“Kedua, kerana tuduhan macam-macam di mahkamah….kalau beliau bukan Zahid Hamidi (selaku presiden Umno), dia tidak dituduh sedemikian rupa,” katanya.

Mengulas tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) mengisytiharkan penangguhan pemilihan Umno sehingga 18 bulan sebagai tidak sah, Ahmad Maslan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan JPPM semalam dan mengharapkan penyelesaian memuaskan.

“Saya pergi dengan niat suci murni dan bukan niat untuk berperang, tapi ingin mencari titik damai, tak ada faedah bermusuh.

“Kita berikan penjelasan dengan baik. Saya bawa dokumen begitu tebal, dan ada perbincangan selama 1 jam. Saya harap mereka beri jawapan memuaskan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/10/ada-baris-panjang-calon-pru15-tunggu-ganti-ahli-parlimen-ingkar-arahan-mkt-kata-ahmad-maslan/

BACA: ”Tolonglah Encik !!! Saya tak mampu nak urus jenazah isteri saya”