Salam Encik Afiz, saya tak mampu urus jenazah isteri saya.
Seorang lelaki yang langsung saya tidak kenali menghubungi saya akibat cas kubur yang tinggi kerana isterinya status sebagai PR.
Si suami di quarantinekan dan 2 anak dia pula di tinggal rumah quarantine sendirian.
Jika meninggal di HKL, 3 kubur yang di aturkan sangat mahal untuk bukan warga Malaysia.
Apa yang di perlukan untuk bukan warganegara yang meninggal?
Cas untuk surat kedutaan RM 500 dan lebih tertakluk kepada agent.
Kos kubur di bukit kiara RM 1200 dan kubur taman selasih pula RM 1700.
Jadi bagaimana keluarga ini nak bayar walaupun dia warganegara yang sekarang tidak bekerja kerana seorang pemandu Bus.
Kalau paling murah pun dah jadi RM 1700 untuk hopsital ke kubur.
Saya tiada masalah untuk bantu tetapi jika saya bantu bermakna seolah saya menyokong dengan harga begini dan akan menyebabkan lebih banyak lambakan jenazah seperti sedia ada.
Saya mohon sangat kerajaan pantau balik kepada permasalahan ini kerana di musim kesusahan ini tiada siapa yang mampu jika kos sebegini rupa. Meraka pun manusia juga dan beragama islam.
Untuk yang mampu boleh teruskan tetapi keluarga yang kurang ini siapa nak bela nasib mereka??
Insyallah TeamAA akan bantu untuk urusan ini dan cuba untuk nego untuk mengambil pengurusan ini dari hospital.
Semoga Allah membantu kami untuk memudahkan urusan keluarga ini dan orang lain.
Sumber :