Panas !!! Lagi ketua bahagian Bersatu umum keluar parti sertai Umno

Oleh MHDAILY

Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pekan, Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamed hari ini mengambil keputusan untuk keluar dari parti berkenaan yang disertainya sebelum ini dengan menyertai UMNO.

Borang kemasukan semula ke dalam UMNO diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, hari ini. Penyerahan tersebut turut disaksikan Setiausaha UMNO negeri, Datuk Ab Hamid Nazahar.

Datuk Wan Abu Bakar dalam kenyataan ringkasnya menjelaskan UMNO adalah sebuah parti besar dan wadah perjuangan orang Melayu yang mana pada satu ketika dahulu menentang Malayan Union serta menuntut kemerdekaan dan selepas merdeka bersama dengan rakan-rakan Barisan Nasional (BN) lain pula mentadbir dan membangunkan negara yang rakyat berbilang kaum.

Baca Artikel Penuh