Terkini !!! Ini identiti 4 anggota TUDM yang maut dalam insiden tembakan

Oleh MHDAILY

Ini identiti 4 anggota TUDM yang maut dalam insiden tembakan. Polis telah mengenal pasti identiti empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan Sudirman Kram berkata, mereka adalah Kpl U Ho Swee Boon dari Lundu, Kpl U Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya, Laskar Udara (LU) Luk Nesly anak Nabau dari Sibu, dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.

Beliau berkata, maklumat awal kejadian mendapati suspek dipercayai mengamuk dan masuk ke balai pengawal di kem Handau Skuadron 330 seterusnya mengambil senjata api.

Baca Artikel Penuh