Panas !!! 114 MP dipanggil menghadap, Ismail bakal PM?

Oleh MHDAILY

114 MP dipanggil menghadap Agong, Ismail Sabri bakal PM?. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu tangkap layar pengesahan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tular di aplikasi WhatsApp, kesemua 114 ahli Dewan Rakyat itu akan dipanggil ke Istana Negara pagi nanti.

“Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari WTCKL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.

Baca Artikel Penuh