“Naluri wanita tak pernah salah, bila cek email suami, betol dia ada cek in hotel dengan perempuan tu, alasannya sangat menyakitkan hati”

Assalamualaikum. Saya ucapkan terima kasih sekiranya admin sudi berkongsi kisah saya ini. Saya berkahwin hampir 9 tahun yang lepas. Saya dan suami bersekolah yang sama dan kami bercinta semasa di tingkatan 4.

Habis sekolah menengah kami sama – sama masuk matrikulasi, saya di Johor dan dia di Melaka. Kami bercinta jarak jauh.

Hubungan kami tak putus. Kemudian kami masuk universiti, juga berlainan tempat. Hingga lah kami habis belajar.

Masing – masing dikurniakan kerjaya yang diidamkan. Kami bekerja dalam satu daerah yang sama. Alhamdullillah, kami berkahwin selepas dua tahun bekerja. Pada mulanya ibu saya agak keberatan untuk memberi keizinan untuk saya berkahwin dengan dia, tetapi selepas saya pujuk ibu, ibu mengalah.

Ibu ada calon lain untuk saya, anak kawan ibu dan ayah sendiri. Saya sebenarnya merupakan anak tunggal dan semua keputusan dibuat oleh keluarga.

Saya mula membuat keputusan sendiri apabila saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi dulu dan mereka tak pernah tahu saya ada kekasih sehingga lah saya katakan saya ingin bertunang. Sekarang saya dan suami dikurniakan 3 orang anak.

Baca Artikel Penuh