Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’

Oleh MHDAILY

Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’. Syarikat Penerbangan Antarabangsa Maghribi menyediakan 30 penerbangan pergi balik tambahan kepada penyokong untuk ke Qatar bagi perlawanan separuh akhir Piala Dunia bersejarah menentang Perancis, awal pagi Khamis ini.

“Bagi membolehkan ramai warga Maghribi menyokong pasukan kebangsaan dan merasai emosi separuh akhir Piala Dunia, Royal Air Maroc telah menubuhkan jambatan udara antara Casablanca dan Doha,” kata firma itu dalam satu kenyataan semalam.

Maghribi menyingkirkan Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo 1-0 pada suku akhir kelmarin untuk menjadi pasukan Afrika pertama atau pasukan Arab mara ke separuh akhir Piala Dunia sekali gus mencetuskan pesta di seluruh dunia Arab.

Baca Artikel Penuh