Misteri imej pondok di bulan akhirnya berjaya dibongkar

Misteri imej pondok di bulan akhirnya berjaya dibongkar. Objek berbentuk seperti sebuah pondok misteri berbentuk kiub yang dirakam kenderaan rover angkasa milik China bulan lalu sebenarnya sebiji batu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 bulan lalu membuat penemuan objek misteri itu di sisi gelap bulan.

Namun, rover itu mengambil masa selama dua bulan untuk mendekati objek tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya objek yang dikesan itu.

Para saintis China membangunkan strategi baharu untuk rover itu melintasi permukaan bulan dan menghampiri objek tersebut dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, objek tersebut rupa-rupanya hanyalah sebiji batu lama biasa.

Menurut catatan blog tempatan iaitu Our Space, kiub itu dari jauh kelihatan setinggi bangunan Arc de Triomphe.

Tetapi apabila didekati oleh rover, ia ternyata sangat pendek malah pemandu tidak dapat mengelak daripada berasa sedikit kecewa.

BACA JUGA :
Melombong Karbon Dioksida di permukaan bulan, bakal jadi realiti?
Setelah UFO dilihat masuk kawah gunung berapi ini, pakar percaya itu markas mereka
Wanita temui bangkai UFO dibelakang rumahnya

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Misteri imej pondok di bulan akhirnya berjaya dibongkar […]