Mayat gadis separuh bogel ditemui terapung di pantai Terengganu

Mayat gadis separuh bogel ditemui terapung di pantai Terengganu

Mayat gadis separuh bogel ditemui terapung di pantai Terengganu. Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan di perairan berhampiran Pulau Perhentian di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mayat itu dijumpai kira-kira 11 kilometer (km) dari pulau tersebut.

Menurut beliau, mayat wanita berkenaan dijumpai seorang pemancing yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Perhentian.

“Pemancing itu bertindak menarik dan mengikat mayat tersebut di sebuah unjang bagi mengelakkan daripada hanyut sebelum membuat laporan polis.

Mayat gadis separuh bogel ditemui terapung di pantai Terengganu

“Memandangkan cuaca buruk, pihak polis hanya dapat ke lokasi kejadian, hari ini dan menemukan mayat wanita itu masih terapung berdekatan kawasan unjang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa dijumpai dalam keadaan hanya berbaju dan bersarung tangan dan pihaknya belum dapat mengenal pasti warga negara atau identiti mayat wanita berkenaan.

Katanya, siasatan awal juga tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

BACA:

Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni?

Kenderaan usia lebih 10 tahun bakal dilupuskan: Anda setuju?

Tak sia-sia promote diri dekat twitter, akhirnya bertemu jodoh juga

CATEGORIES