Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni?

Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni

Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni ?PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

a. Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar;

b. Enam tonggak dasar itu ialah KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan, Ihsan

c. Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara; dan

d. Madani jadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan:

1. Ekonomi
2. Kewangan
3. Perundangan
4. Pendidikan
5. Kemasyarakatan
6. Budaya
7. Bandar
8. Luar Bandar

Netizen bingung apa sebenarnya Malaysia Madani ni
Tiga keutamaan
Keutamaan 1: Membasmi Kemiskinan;
Keutamaan 2: Penstrukturan semula ekonomi; dan
Keutamaan 3: Memulih dan menjana ekonomi
BACA: Angkat ‘Malaysia Madani’, harumkan semula nama Malaysia – PM Anwar

Masyarakat

– Pelihara rakyat daripada kancah perkauman; dan
– Meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat

Pendidikan
– Pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif
– Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development’
– Menggerakkan pemodenan sistem universiti; dan
– Mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuk pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan dan mampan

Alam Sekitar
– Komitmen net-zero green house emissions 2050; dan
– Laksana komitmen berasaskan pelaksanaan holistik dan tidak silo

Tenaga
– Menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau
– Memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh sektor awam dan swasta

Perundangan
– Suatu undang-undang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal

Cukai
– Memperkenalkan cukai kemampanan; dan
– Cukai kemampanan merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa

Teknologi
– Sektor pembuatan mendakap prinsip daya cipta,
– Perubahan radikal persiap negara menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian,
– Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan; dan
– Siap siaga berdepan tsunami digital dengan kedatangan ChatGPT

Kemajuan Desa
– Menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti beri fokus meneroka aspek Pertanian 4.0 daya cipta pertanian moden; dan
– Memperhebat daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berasaskan teknologi

Institusi
– Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0.;
– Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia; dan
– Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan tanpa pemandu

Media bermaruah
– Menghormati privasi, kebenaran dan keadilan dalam media arus perdana dan media sosial;
– Bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik; dan
– Penyuburan budaya hormat-menghormati, yang menjadi sendi kepada Madani

Penilaian Prestasi

– Memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam lebih holistik iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI);
– MyGPI menilai pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus ke arah reformasi sektor awam, menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat; dan
– Pencapaian diukur kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat

BACA:

Kenderaan usia lebih 10 tahun bakal dilupuskan: Anda setuju?

Nak menangis ayah tengok anak goreng ikan Arowana kayangan kesayangannya

Tular video pasangan kekasih pecut 130km selepas sedar kena kejar polis

CATEGORIES