Mat Maslan jadi Mat Kilau pulak…

Mat Maslan jadi Mat Kilau pulak

Mat Maslan jadi Mat Kilau pulak. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan poster filem Mat Kilau yang diedit menjadi Mat Maslan adalah hasil kerja beliau sendiri.

“Mat Kilau diedit jadi Mat Maslan. Mengedit ini entah kerja siapa. Saya post di sini untuk menafikan bukan saya yang edit.

“Apa pun, saya dah tonton Mat Kilau dengan keluarga. Filem sejarah Melayu yang paling hebat. Satu lagi ialah filem Hang Tuah lakonan P. Ramlee (yang berwarna) juga hebat, ” jelasnya di Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, menjengah ruang komen media sosial Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, rata-rata orang ramai turut memberi sokongan kepada beliau untuk terus bersabar dengan fitnah yang dilakukan itu.

“Biarlah mereka Datuk. Dia orang terlalu banyak masa luang sebab itu banyak masa buat kerja macam tu, ” ujar Preety Dahlia.

Mat Maslan jadi Mat Kilau pulak...

“Akhir zaman ni Allah akan bayar ‘cash’ pada mereka yang suka memfitnah, ” jelas Melissa Zack.

“Orang ni tidak takut dosa datuk, mungkin kurang pendidikan agama, ” kata Aneef Anarki Aneef.

BACA:

Sibuk sebagai SU Agung Umno, Ahmad Maslan tarik diri Timb Speaker

Dua Adun Umno Melaka sah dipecat dari Umno, Ahmad Maslan dedah surat

Bayar kompaun RM1.1 juta, akhirnya Ahmad Maslan buka mulut

CATEGORIES