Dua Adun Umno Melaka sah dipecat dari Umno, Ahmad Maslan dedah surat

Umno mengesahkan keahlian Umno Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, surat perlucutan keahlian bertarikh 5 Oktober akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat terbabit seawal-awalnya hari ini.

“Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno menyatakan, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas Dun (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi jika kedua-dua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli Umno bermula pada semalam,” katanya selepas menghadiri pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik Umno bahagian dalam Melaka di Kampung Pulau, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang dan Nor Azman (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama dua lagi Adun Bebas dan Bersatu, Isnin lalu.

Dua Adun Umno Melaka sah dipecat dari Umno, Ahmad Maslan dedah surat

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan surat pelucutan keahlian ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan selepas selesai perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO ketika di Villa d’aqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.

MGF05102021_MEETING-BN-MELAKA-6

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan surat pelucutan keahlian ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan selepas selesai perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO ketika di Villa d’aqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.

MGF05102021_MEETING-BN-MELAKA-1

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berangkat pulang selepas selesai perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO ketika di Villa d’aqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/06/ahmad-maslan-dedah-surat-gugur-keahlian-dua-adun-umno-melaka/

BACA JUGA : Pemuda Umno desak isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Dua Adun Umno Melaka sah dipecat dari Umno, Ahmad Maslan dedah surat […]