Mahkamah isytihar bankrap terhadap sekutu Jho Low

Oleh MHDAILY

Mahkamah isytihar bankrap terhadap sekutu Jho Low. Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengisytiharkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bankrap selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan.

Penolong Kanan Pendaftar Chai Guan Hock membuat keputusan itu ke atas Tan dan merekodkan perintah kebankrapan, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Tan pada 15 Disember 2021.

Peguam Hasil Cawangan Guaman Lembah Klang, Siti Maisarah Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Baca Artikel Penuh