Filem Mat Kilau dilanda kontroversi walaupun belum ditayang

Oleh MHDAILY

Filem Mat Kilau dilanda kontroversi walaupun belum ditayang. Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Mat Kilau ditayangkan di pawagam tempatan, namun terdapat sesetengah pihak dilihat kurang berpuas hati dengan filem sejarah arahan Syamsul Yusof itu

Kontroversi bermula apabila poster Mat Kilau yang menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia, Pak Li. Dalam perkongsiannya di media sosial Facebook, individu tersebut mengkritik keris yang terselit di pinggang watak Jalaluddin Hassan dalam poster Mat Kilau.

Menurutnya, keris tersebut adalah Keris Jawa, bukannya Keris Pahang, sepertimana yang digunakan pahlawan Melayu, khususnya Mat Kilau.

“Indahnya Alam Melayu yang mengamalkan sesuatu penuh adab, penuh maksud, kerana disitulah akan menunjukkan jatidiri dan identiti si pemakai.” memetik perkongsiannya di laman Facebook.

Individu itu juga meluahkan rasa kecewa kerana pasukan produksi tidak mendengar teguran mereka tentang busana Melayu dan sejarah.

Filem Mat Kilau dilanda kontroversi walaupun belum ditayang

“Dah tu yang kau pakaikan watak Mat Kilau dengan keris Jawa tu dah kenapa? Nak kata tiada tempat rujukan, dah tegur semasa penggambaran filem lagi, ‘jumpalah waris Aki, rujuk dan mohon izin darinya’, tapi kau sombong nak buat ‘kepala tau. Bila mana ada pakar busana Melayu dan pakar sejarah yang cuba nak bagi teguran, tak nak dengar juga. Bila sudah kena kritik, tahu pulak berasa yang mengkritik nak menjatuhkan, nak sabotaj?”

Sementara itu, Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS), Warisan Mat Kilau turut tidak bersetuju dengan tayangan filem Mat Kilau. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pengendali laman tersebut, Mat Kilau dikatakan “mempunyai banyak elemen yang menyakitkan mata”

“Kerana terlalu banyak elemen yang menyakitkan mata dalam filem tersebut. Bahasa mudahnya filem tersebut tidak dirujuk kepada waris yang mutlak dan dikaji secara mendalam. Sangat memalukan. Tiada jati diri sebagai seorang pahlawan Pahang langsung.” memetik kenyataan laman tersebut.

Walaupun terdapat segelintir pihak yang mengecam filem ini, netizen dilihat terus memberi sokongan kepada tayangan Mat Kilau dan menyifatkan ia sebagai filem yang sangat dinantikan setelah sekian lama.

Mat Kilau mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra ,mengalas tanggungjawab sebagai pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga dan ramai lagi.

Mat Kilau akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 23 Jun ini.

BACA:

Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam

Bincang tukar Ismail Sabri dalam mesyuarat MPT Bersatu, ini respon Faizal

Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat