Lebih baik Ismail Sabri cari Peguam Negara yang baru

Oleh MHDAILY

Lebih baik Ismail Sabri cari Peguam Negara yang baru.Bagi yang peka dan bukan pekak, mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah datang daripada Yang Dipertuan Agong sendiri.

Agong bertitah berkenaan perkara tersebut pada 18 Ogos lalu, dua hari setelah Mahiaddin mengutus surat perletakan jawatannya dan ketika baginda dalam proses melantik Perdana Menteri yang baru.

Dalam titah yang disampaikan melalui kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, baginda bertitah, Perdana Menteri yang dilantik menerusi surat akuan atau SD daripada Ahli-Ahli Parlimen hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Baca Artikel Penuh