Lantikan Muhyiddin : Politiking akan berterusan, tiada kestabilan – Pemimpin Umno

Oleh MHDAILY

Lantikan Muhyiddin : Politiking akan berterusan, tiada kestabilan.Shahidan Kassim adalah betul bila dia dakwa kerajaan hari ini adalah Kerajaan PN. Dia tolak nama “Kerajaan Malaysia” atau “Keluarga Malaysia”.

Sekarang dakwaannya makin betul kerana TS Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Walhasil balik asal.

Bagaimana Muhyiddin terlantik? Apakah dia menekan Ismail Sabri. Atau Ismail Sabri lantik dengan sukarela kerana percaya Muhyiddin bukan Perdana Menteri gagal sebelumnya?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kalau dipaksa kerana syarat sokongan PPBM, itu bermakna Ismail akan jadi Perdana Menteri “terkawal” dan merelakan ini adalah Kerajaan PN 2.0

Muhyiddin

Apakah Majlis Pemulihan Negara mempunyai bidang kuasa yang besar. Pasti akan ada “term of reference” yang menjadikannya lebih “berautoriti”.

Kalau itu dibenarkan, Ismail Sabri tidak akan ada kebebasan mengurus negara. Politiking akan berterusan. Tiada kestabilan.

https://www.malaysianow.com/berita/2021/09/02/ini.

Lantikan itu juga menyelamatkan PPBM. Parti itu kembali kuat dalam kerajaan. PPBM ada ruang tawar menawar untuk mengikat UMNO dalam agihan kerusi untuk PRU ke 15.

Itu satu isu. Isu besar sekarang ialah imej gagal Muhyiddin akan menghantui kerajaan baru PM ke 9.

MKT UMNO sudah mengingatkan, jangan dihidupkan imej Kerajaan PN 2.0.

Sumber:

Baca: Lelaki guna berita palsu kematian untuk raih sumbangan RM91,000