KWSP: Ini teknik rahsia keluar simpanan sebelum usia 55 tahun

KWSP Ini teknik rahsia keluar simpanan sebelum usia 55 tahun

KWSP: Ini teknik rahsia keluar simpanan sebelum usia 55 tahun. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran simpanan ahlinya melalui Akaun 2 sebelum berusia 55 tahun.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP:

Pengeluaran Pendidikan

Ahli boleh membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP untuk tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan. Ia merangkumi perbelanjaan yuran pengajian, yuran hostel dan penerbangan.

KWSP Ini teknik rahsia keluar simpanan sebelum usia 55 tahun

Pengeluaran Beli Rumah

Mereka yang mempunyai simpanan KWSP boleh membuat pengeluaran bagi tujuan pembelian rumah kediaman merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pengeluaran Bina Rumah

Bagi yang ingin membina rumah, pengeluaran KWSP adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2. IA merangkumi pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri.

Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Pinjaman Perumahan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Pengeluaran Menunaikan Haji

Bagi ahli KWSP beragama Islam, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan menunaikan haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH). Antara syarat utamanya adalah mereka itu hendaklah telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH.

Cara Membuat Pengeluaran

Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran bagi tujuan-tujuan yang dibenarkan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem e-Pengeluaran KWSP.

Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Log Masuk di Portal i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Lakukan e-Pengesahan Identiti;
  • Pilih menu Pengeluaran;
  • Pilih Permohonan Baru;
  • Pilih jenis-jenis pengeluaran;
  • Isi maklumat yang diminta.

BACA:

Ini 6 sebab kenapa saman Caprice RM30 Juta kepada Mydin tak valid

‘Tahniah Puteri Sarah hamil anak ketiga’ – Netizen

Gadis tayang buah dada raikan gol jadi tular, satu stadium kecoh!

CATEGORIES