Krisis politik Melaka : Ini jawapan Ismail Sabri

Oleh MHDAILY

Krisis politik Melaka : Ini jawapan Ismail Sabri. Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan isu pergolakan Kerajaan Negeri Melaka.

Perdana Menteri berkata, ini kerana isu berkenaan adalah melibatkan urusan parti dan beliau difahamkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sudah mengadakan perbincangan dengan Ahmad Zahid.

“Isu (Kerajaan Negeri) Melaka ini saya serahkan kepada Presiden UMNO untuk menyelesaikannya. Lagipun ini melibatkan urusan parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 di sini hari ini.

Baca Artikel Penuh