Krisis politik di Melaka, akhirnya Ketua Menteri luah perasaan terbuku

politik

Krisis politik di Melaka, akhirnya Ketua Menteri luah perasaan terbuku.Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan tindakan empat Adun yang menarik sokongan terhadap pentadbirannya.

Katanya, mereka merupakan pihak yang sama-sama berganding bahu dengannya bersama wakil rakyat lain untuk memulihkan aspek kesihatan dan ekonomi negeri, namun akhirnya, mereka jugalah yang menjejaskan usaha itu.

“Sudah pastilah (kecewa) dalam keadaan yang agak sukar hari ini, masing-masing kita berusaha untuk memulihkan kerajaan ini terutama ekonomi dan kesihatan, dan mereka juga buat kerja yang sama.

“Tapi akhirnya, mereka yang meruntuhkannya, di mana kita baru beralih ke Fasa 3 (Pelan Pemulihan Negara).

“Tujuan dan matlamat kita untuk bekerjasama bagi memulihkan ekonomi dan kesihatan negeri, mereka sendiri yang merobeknya,” kata Adun Lendu dari Umno itu pada sidang media di Melaka hari ini.

 politik

Sedangkan, katanya, hubungannya dengan keempat-empat mereka adalah baik selama ini.

Terdahulu, bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang dari Umno mengumumkan dia bersama tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Sulaiman seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

Selainnya, tiga Adun lain ialah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) juga daripada Umno, Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Tiga daripada mereka – Idris, Norhizam, Effandi – merupakan exco kerajaan negeri.

Disoal apakah terdapat isu berbangkit oleh Adun-Adun berkenaan dalam mesyuarat exco, kata Sulaiman, “langsung tidak ada” berlaku hal sedemikian, bahkan semua keputusan dipersetujui bersama exco-exco yang lain.

Dia turut menafikan dakwaan mereka bahawa wujudnya campur tangan pihak lain dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, sehingga kononnya Melaka seolah-olah ‘sebuah gunung yang menempatkan dua ekor singa.’

“Tak ada. Keputusan mesyuarat exco adalah keputusan bersama. Mana ada campur tangan daripada luar,” jawabnya lagi.

‘Mereka duri kepada daging yang terhidang’

Sementara itu, Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh turut menempelak tindakan empat Adun itu sebagai duri dalam daging, sedangkan baru semalam Idris dan Norhizam menafikan terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan negeri.

“Saya tak tahu mana duri mana daging …

“[…] Kalau mereka nak jadi duri, terserah kepada diri mereka. Hari ini terbukti mereka menjadi duri-duri kepada daging-daging yang telah dihidangkan di hadapan mereka untuk bersama-sama membina kerajaan negeri,” katanya yang juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dalam sidang media sama, Rauf menyatakan bahawa Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam, untuk memutuskan status DUN Melaka.

“Kalau pun Tun (Ali) mengisytiharkan pembubaran DUN, negeri Melaka telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan ini,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594047

BACA: Majlis sosial di kawasan tertutup seperti kenduri kahwin mungkin paling akhir dapat kebenaran

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar
    Richie 4 days

    Thank you for the auspicious writeup. It in fact was
    a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you!
    By the way, how could we communicate?

    Also visit my web blog – uncooperative (https://asoneinternational.org)

  • comment-avatar
    Caitlyn 5 days

    I used to be recommended this web site via my cousin. I’m now not sure whether this
    put up is written by means of him as no one else recognize such designated approximately my difficulty.
    You are amazing! Thank you!

    My webpage – arguer – https://www.allstar-ab.org,

  • comment-avatar
    Rosaline 5 days

    Hi there just wanted to give you a quick heads up.
    The words in your article seem to be running off the screen in Safari.
    I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I thought I’d post to let you know.
    The design and style look great though! Hope you get the
    issue fixed soon. Cheers

    Review my web blog – vernine (https://www.qyh-love.com)

  • comment-avatar
    Agnes 1 week

    What’s up, after reading this amazing article i am also delighted to share
    my familiarity here with colleagues.

    My page: luxurylifehomes.com (https://luxurylifehomes.com)