Kisah cleaner jumpa cek RM10.4 juta, ini yang terjadi…

MEMILIKI sifat jujur dan amanah dalam diri di dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan sangatlah terpuji dan mulia. Siapa sangka, cleaner bersikap jujur dan ikhlas, dikurniakan rezeki yang tidak dijangka malah dinaikkan pangkat dalam pekerjaan.

Seorang pekerja pembersihan bernama Halimah, 29 bekerja di di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta baru-baru ini menjadi viral kerana kejujurannya memulangkan dokumen penting dan berharga.

Dia tular susulan insiden terjumpa sebuah dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) ketika menjalankan tugas pembersihan.

Cek Milik Penumpang

Lapor Jakarta Daily, ibu kepada dua cahaya mata berkenaan menemui dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E. Ketika melihat angka tertera, dia mengaku terkejut namun tidak terlintas untuk dia mengambilnya.

“Cek itu, tertulis Rp 35.5 bilion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali,” katanya.

 Kisah cleaner jumpa cek RM10.4 juta, ini yang terjadi...

Petugas pembersihan itu kemudian melaporkan penemuan tersebut kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.

“Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.

“Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” kata Halimah.

Selain cek bernilai Rp 35.5 bilion, di dalam beg berkenaan terdapat empat buah buku bank dan sebuah pasport.

Naik Pangkat Jadi Penyelia

Kejujuran yang dipamerkan Halimah itu mendapat penghargaan dari majikannya, PT Angkasa Pura Solusi. Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani selaku ketua memberi ganjaran berupa kenaikan pangkat satu peringkat kepada Halimah sebagai penyelia atas kejujuran beliau dalam menjalankan tugas.

Dia menghargai kejujuran Halimah ketika bekerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.

“Saya terharu ketika pertama kali menerima berita ini. Kita bagi kenaikan luar biasa untuk Halimah, satu level atas dia iaitu menjadi penyelia,” katanya pada Sabtu.

BACA JUGA : Panas !!! Bursa Saham rugi RM33.8 bilion dalam masa satu hari susulan pengumuman ‘cukai makmur’ dalam Bajet 2022
Pemuda Pas anggap Syed Saddiq ‘kebudak-budakan’

Artikel ini disiarkan pada 03/11/2021