Pemuda Pas anggap Syed Saddiq ‘kebudak-budakan’

Oleh MHDAILY

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyelar ucapan Syed Saddiq di dalam Dewan Rakyat yang dilihat sengaja mahu mencari pasal dengan mewujudkan kontroversi terhadap YB Menteri Alam Sekitar dan Air mengenai ketidakhadiran ke persidangan 2021 United Nations Climate Change Conference (COP26) di Glasgow, Scotland.

Memang sudah menjadi trend politik PH sejak dalam kempen PRU 14 yang lalu dengan mewujudkan kontroversi dalam memburukkan pihak lawan mereka dengan cuba menjatuhkan imej peribadi. Tindakan ini hakikatnya menjengkelkan dan tidak matang dalam berpolitik. Hanya bermain persepsi dan melontarkan persoalan negatif di minda masyarakat.

Malah, apa kaitan yang cuba hendak disampaikan oleh beliau apabila menunjukkan kebosanan terhadap kelantangan suara pimpinan khususnya dari PAS terhadap bantahan arak jenama Timah dengan provokasi isu yang dikaitkan iaitu kehadiran ke (COP26) tersebut?

Baca Artikel Penuh