Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ‘kurang ajar’ dengan pegawai imegresen dikecam

Oleh MHDAILY

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ‘kurang ajar’ dengan pegawai imegresen dikecam. Ketua Pengarah sebuah agensi awam diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pegawai imigresen berhubung insiden tengking yang berlaku di sebuah ‘bilik VIP’ dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Permohonan maaf itu dituntut Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) selain turut menggesa kerajaan memandang serius perkara itu serta mahu tindakan dikenakan kepada penjawat awam yang sombong.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya juga akan menyokong penuh segala tindakan akan diambil Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam situasi tersebut demi memartabatkan maruah pegawai agensi itu.

Baca Artikel Penuh