Ketagih tarik rambut kembar sendiri, penyelesaiannya buat ramai puas hati

Oleh MHDAILY

Ketagih tarik rambut kembar sendiri, penyelesaiannya buat ramai puas hati. Gara-gara gemar menarik rambut, seorang ibu terpaksa membotakkan kepala dua bayi kembar perempuannya demi menghentikan tabiat buruk mereka.

Menerusi hantaran video berdurasi 45 saat dimuat naik oleh Al Badri di media sosial memaparkan gelagat dua beradik saling tarik-menarik rambut sesama mereka.

“Sebanyak mana mereka menikmati masa bermain bersama, mereka juga gemar melakukan ini (menarik rambut).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ketagih tarik rambut kembar sendiri, penyelesaiannya buat ramai puas hati

“Sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk meletakkan banyak minyak di rambut tetapi tidak berhasil. Hanya satu penyelesaian yang dapat difikirkan dan kelihatan seperti ia berjaya,” jelas ibu mereka menerusi video tersebut.

Di ruangan komen, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat dua-beradik kembar tersebut.

“Oh, sekarang saya faham kenapa Upin dan Ipin mesti botak,” seloroh @vvildanarief di Twitter.

“Anak saya yang kembar juga seronok bermain bersama tetapi mereka suka berebut,
kemudian bergusti dan bertumbuk sehingga menangis,” ciap @ izhamznl di ruangan komen.

Seorang pengguna lain, @thesocialhijabi berkata, ini merupakan penyelesaian terbaik yang diambil ibunya kerana rambut akan tumbuh semula seiring meningkatnya usia mereka.

Hantaran video tular itu telah meraih sebanyak 12,900 ciap semula, 19,000 tanda suka dan 1,000,000 jumlah tontonan setakat ini.

BACA JUGA : 

Dewan Bahasa Pustaka buat peribahasa khas sempena kekalahan Liverpool

Tamparan coach bola tampar menjadi, “kami terus menang straight set”

Pasangan kena ‘rush’ dengan pejabat agama di hotel, “berguna juga kad nikah lepas 7 tahun”