Kes harian tertinggi, hospital swasta Sarawak tawar bantuan

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) meminta ahlinya menghulurkan bantuan kepada Sarawak dalam menangani situasi Covid-19 di negeri itu terutama apabila ia merekodkan kes harian tertinggi berbanding negeri lain ketika ini.

Semalam Sarawak melaporkan sebanyak 3,732 manakala tiada negeri lain yang mencecah paras 2,000 kes.

Menerusi kenyataan, Presiden APHM Dr Kuljit Singh berkata, mereka telah membuat permintaan untuk membantu memandangkan jumlah pesakit Covid-19 dijangka melepasi kapasiti yang boleh ditampung oleh sistem kesihatan awam di negeri terbabit.

Kes harian tertinggi, hospital swasta Sarawak tawar bantuan

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkata, ahlinya di Sarawak bersedia untuk menerima kes bukan Covid-19 dari hospital kerajaan.

Beliau berkata, sesetengah hospital mungkin masih berupaya menerima pesakit Covid-19 yang menanggung kos rawatan sendiri namun terdapat banyak kemudahan yang kekurangan sumber dan tidak mempunyai kapasiti mencukupi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kita berharap lebih ramai pesakit bukan Covid-19 dari hospital kerajaan dipindahkan ke hospital swasta di Kuching untuk membolehkan lebih banyak ruang disediakan bagi merawat pesakit Covid-19 di hospital kerajaan.

“Proses pemindahan ini berjaya dilakukan di Greater Klang Valley dengan 3,187 pesakit menerima rawatan di hospital swasta.”

Beliau berkata, Pulau Pinang juga telah memulakan proses sama apabila 69 pesakit bukan Covid-19 dipindahkan ke kemudahan swasta dalam tempoh 10 hari lalu.

“Kami berharap hospital swasta di Kuching dan beberapa bandar lain di Sarawak boleh mengambil langkah sama yang dilakukan oleh hospital di Semenanjung yang merawat pesakit Covid-10 yang menanggung kos sendiri dan menerima pemindahan pesakit bukan Covid-19 berdasarkan keupayaan dan kapasiti masing-masing.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/biar-kami-bantu-lawan-covid-19-di-sarawak-kata-hospital-swasta/

BACA JUGA : Terkini !!! Ku Li letak jawatan dalam Umno