Terkini !!! Ku Li letak jawatan dalam Umno

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno.

Dalam sepucuk surat bertarikh 20 Sept, veteran Umno itu berkata peletakan jawatan itu berkuatkuasa mengikut tarikh surat berkenaan.

Ku Li letak jawatan dalam Umno

“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memain peranan yang kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya dalam surat yang diserahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada FMT, sumber terdekat dengan hal itu mengesahkan surat berkenaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/ku-li-letak-jawatan-pengerusi-jemaah-penasihat-umno/

BACA JUGA : Hubungan Umno-Bersatu semakin sukar untuk dipulihkan

COMMENTS

Wordpress (0)