Kerajaan tak sambung pengecualian SST, ramai batal tempahan kereta

Oleh MHDAILY

Kerajaan tak sambung pengecualian SST, ramai batal tempahan kereta. Pembatalan tempahan kenderaan dijangka meningkat pada Julai jika kerajaan tidak lagi meneruskan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal tamat akhir bulan ini.

Penganalisis AmInvestment Bank, Muhammad Afif Zulkaplly, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi di mana pelanggan tidak dapat memanfaatkan insentif yang menyaksikan harga kereta yang lebih rendah.

Katanya, susulan barisan tempahan yang panjang dengan purata tempoh menunggu dua hingga tiga bulan, bakal pembeli yang membuat tempahan sejak dua bulan lalu berkemungkinan besar hanya akan menerima kenderaan selepas tempoh bebas cukai tamat.

Baca Artikel Penuh