Ini respon Yusof Haslam selepas Syamsul nak kahwin satu lagi

Oleh MHDAILY

Ini respon Yusof Haslam selepas Syamsul nak kahwin satu lagi. Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi anaknya, Syamsul yang didakwa bakal berkahwin lagi.

Yusof juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya apakah beliau memberi restu andai perkahwinan anaknya benar-benar terjadi.

“Perkara ini susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.

“Benda ini, kalau saya komen, akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.

“Serba salah saya dibuatnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul di sini, malam tadi.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dibintangi Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

Filem terbitan Studio Kembara itu akan mula ditayang pada 23 Jun ini.

Mengenai kewajaran semua pihak terbabit bersemuka bagi menyelesaikan kemelut ini, Yusof menjelaskan, Syamsul perlu menyelesaikan masalah itu.

Ini respon Yusof Haslam selepas Syamsul nak kahwin satu lagi

“Soal ini biarlah Syamsul jawab. Lagipun tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana. Tidak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Yusof juga berharap anak sulungnya itu kuat berdepan kontroversi kerana isu peribadi menjadi lumrah selebriti.

“Buat Syamsul, saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” katanya.

Kontroversi tercetus apabila sebuah blog hiburan melaporkan seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada pelakon drama veteran.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, pengarah terbabit dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentua bagi membincangkan hasratnya.

Sebelum ini, Harian Metro Online melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

BACA: 

Lizzy uji nafsu lelaki lagi, kali ini tunjuk nak pakai baju dalam pula

Program bantuan RM1,200 sebulan untuk belia, mohon sekarang