Kini Google Maps papar jumlah bayaran setiap tol di lebuhraya

Kini Google Maps papar jumlah bayaran setiap tol di lebuhraya

Kini Google Maps papar jumlah bayaran setiap tol di lebuhraya. Jika anda tinggal di Lembah Klang, jalan dengan tol ialah lumrah harian yang sukar dielakkan.

Masalah dengan ciri navigasi Google Maps ialah ia tidak memberikan anggaran bayaran tol apabila menggunakan laluan tertentu seperti Waze. Hari ini akhirnya Google Maps memaparkan jumlah bayaran tol pada aplikasi Android dan iOS.

Apabila pengguna mencari jalan ke sesuatu destinasi, beberapa saranan laluan akan diberikan.

Terdapat ikon duit syiling yang apabila ditekan akan menunjukkan berapakah bayaran yang perlu dilakukan pada jalan yang bertol.

Ciri ini diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, India, Indonesia, dan Jepun terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada semua pengguna global.

Kini Google Maps papar jumlah bayaran setiap tol di lebuhraya

BACA:

Lizzy uji nafsu lelaki lagi, kali ini tunjuk nak pakai baju dalam pula

Program bantuan RM1,200 sebulan untuk belia, mohon sekarang

CATEGORIES