Kelonggaran SOP : Benarkan kerajaan negeri buat keputusan sendiri

Kelonggaran SOP : Benarkan kerajaan negeri buat keputusan sendiri. Seorang pakar ekonomi dan bekas timbalan menteri menyokong gesaan agar kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) diberikan kepada negeri yang menunjukkan perkembangan baik dalam menangani pandemik Covid-19.

Pakar ekonomi dari University Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams menggesa Putrajaya membenarkan kerajaan negeri membuat keputusan itu sendiri manakala bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ia lebih masuk akal dengan mengambil kira tahap jangkitan di pelbagai lokasi.

SOP

Williams berkata, situasi ekonomi yang semakin teruk memerlukan usaha lebih keras oleh kerajaan bagi membolehkan PKP ditamatkan di seluruh negara.

Melihat kepada jangkitan yang menular beliau berkata,  SOP kerajaan sepatutnya menyerahkan kuasa itu kepada kerajaan negeri dan memberi sokongan mengikut keperluan mereka.

Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak menyokong perintah berkurung sebagai dasar memandangkan ia memberi kesan buruk terhadap sosial serta ekonomi dan secara jelasnya, PKP tidak memberi hasil.

“Malah, indikasi semasa seperti bilangan kes, kadar positif dan jangkitan tidak berguna sama sekali kerana kita lebih bergantung kepada bilangan ujian yang dilakukan.

“Bagi mengurangkan bilangan kes, anda hanya perlu mengurangkan bilangan ujian. Jadi anda tidak boleh menggunakannya sebagai panduan dan polisi,” katanya.

Manakala Lee pula berkata, pembukaan semula operasi perniagaan di negeri dengan bilangan kes yang rendah tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Langkah ketat perlu dilaksanakan seperti penjarakan sosial dan pematuhan SOP harus diikuti,” katanya.

Jika kes terus meningkat katanya, pengesanan kontak dan ujian perlu dilakukan.

“Pengasingan kontak rapat perlu dilakukan segera sebelum jangkitan tersebar,” katanya.

Beliau menggesa pelaksanaan “PKP secara mampan” yang tidak menimbulkan komplikasi yang memburukkan situasi ekonomi ketika ini.

Ketika perintah itu dilanjutkan terdapat banyak gesaan supaya kerajaan mengendalikan PKP secara berbeza di setiap negeri dan lokaliti yang mempunyai bilangan kes yang rendah.

Gesaan itu dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Sabah kekal dengan keputusannya untuk melonggarkan beberapa SOP di negeri itu.

Perlis yang mempunyai bilangan kes yang rendah sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara. Kelantan dan Terengganu juga merancang untuk menamatkan Fasa 1 tidak lama lagi.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan melihat nilai ambang untuk melakukan peralihan ke Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara di peringkat negeri.

Ismail berkata, pelaksanaan Fasa 1 di seluruh negara dilihat sebagai tidak adil kepada negeri yang menunjukkan prestasi baik dalam mengendalikan penularan Covid-19 seperti Perlis yang hanya mencatatkan bilangan kes satu angka sejak minggu lalu.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat ukuran bagi negeri terbabit termasuk nilai ambang berdasarkan bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/02/biar-negeri-buat-kelonggaran-sendiri-putrajaya-diberitahu-terengganu/

Jika Anda Terlepas:Apa perlunya Selangor buat SelVAX? Ini penjelasannya