Apa perlunya Selangor buat SelVAX? Ini penjelasannya

Apa perlunya Selangor buat SelVAX? Ini penjelasannya

Apa perlunya Selangor buat SelVAX? Ini penjelasannya . Memandangkan JKOM sedang mengelirukan rakyat tentang Program Vaksin Selangor (SelVAX),

SelVAX adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menekankan dua perkara.

1. Vaksin untuk orang awam (SelVAX Komuniti)

2. Vaksin untuk sektor kilang (SelVAX Industri)

1. SelVAX Komuniti

selangor

Ini PERCUMA. Bukannya RM350 seperti yang difitnah oleh JKOM.

2. SelVAX Industri

Ini juga PERCUMA kerana kosnya ditanggung oleh majikan. Majikan dilarang mengalih kos kepada pekerja.

Ada orang tanya, kenapa perlu ada vaksin untuk sektor kilang?

Kenapa tidak bagi sahaja kepada orang awam?

Jawapannya mudah.

MITI yang diketuai oleh Azmin Ali enggan menghentikan “surat MITI”. Azmin mahu kilang-kilang terus beroperasi.

Kerajaan Negeri tiada kuasa menutup kilang-kilang, melainkan mereka tidak ada lesen, melakukan pencemaran dan sebagainya.

Kerajaan Negeri juga tiada kuasa melaksanakan darurat penuh kerana darurat merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dengan hakikat sedemikian, suka atau tidak suka, pekerja-pekerja di kilang perlu divaksinasi supaya kluster-kluster kilang tidak merebak ke luar dan menjejaskan masyarakat awam.

Perlu ditekankan di sini. Tanggungjawab pemvaksinan adalah tanggubgjawab Putrajaya.

Putrajaya mengawal sumber vaksin.

Putrajaya mengawal proses perolehan vaksin.

Putrajaya mengawal Kementerian Kesihatan.

Putrajaya mengawal jentera dan kakitangan perubatan awam.

Kerajaan Negeri Selangor membuat inisiatif sendiri kerana kelemahan dan kelembapan Putrajaya.

Tapi kenapa akhirnya Selangor juga yang dipersalahkan?

Sumber:

Jika Anda Terlepas: Moratorium PEMULIH dianggar bernilai RM80 bilion