Kedai motosikal nekad dedah senarai pelanggan berhutang, ada sampai 36 bulan senyap

Kedai motosikal nekad dedah senarai pelanggan berhutang ada sampai 36 bulan senyap

Kedai motosikal nekad dedah senarai pelanggan berhutang, ada sampai 36 bulan senyap. Motosikal merupakan salah satu kenderaan yang sangat membantu seseorang untuk bergerak ke sana-sini dan ada sesetengah kedai motosikal menawarkan ‘loan kedai’ untuk membantu orang ramai mendapatkan motosikal idaman mereka.

Namun, ada sebahagian individu tidak sedar diri walau berstatus ‘peminjam’, individu terbabit enggan membayar hutang yang telah dibuat kepada kedai berkenaan. Realiti ini didedahkan oleh salah sebuah kedai motosikal yang berkongsi senarai nama-nama ‘penghutang’ di kedai mereka.

Ada kira-kira lebih 160 nama ‘penghutang’ tersenarai berserta model dan jumlah tunggakan mereka. Antara model motosikal menjadi pilihan ‘penghutang-penghutang’ ialah Yamaha Y15ZR diikuti NVX, 135LC dan Honda Beat.

Purata penghutang mempunyai tunggakan sebanyak belasan bulan, bagaimanapun ada beberapa nama yang langsung tidak membayar pinjaman sehingga 36 bulan (3 tahun).

Kedai motosikal nekad dedah senarai pelanggan berhutang ada sampai 36 bulan senyap

Netizen berasa simpati dengan kedai motosikal selepas melihat hantaran Facebook itu kerana sanggup membuat ‘loan kedai’ untuk membantu pelanggannya. Pada masa sama berasa marah terhadap senarai nama individu-individu yang ‘tidak berterima kasih’ dan ‘membalas semula’ dengan menghilangkan diri tidak membayar pinjaman.

“Tak semua orang bekerja ada payslip. Tak semua orang berniaga duit masuk bank, tak ada bank statement. Tapi kalau ada duit InshaAllah boleh buat ‘loan kedai’. Pinjaman itu bertujuan untuk buat loan dengan mudah, dengan syarat membayar sejumlah deposit dan diteruskan dengan bayaran bulanan maksimum selama 3 tahun.

“Namun ada segelintir orang kita tidak tahu berterima kasih, bila sudah diberi peluang yang baik,” luah kekecewaan kedai motosikal itu.

Netizen turut mencadangkan agar kedai motosikal yang ingin menawarkan ‘loan kedai’ perlu mengambil deposit terlebih dahulu atau hanya menawarkan motosikal berharga RM7,000 dan ke bawah sahaja baru boleh membuat pinjaman kedai.

Pada masa sama orang ramai meminta agar ‘penghutang-penghutang’ menjelaskan jumlah tunggakan kerana mereka telah menganiaya kedai yang membantu mereka mendapatkan motosikal diinginkan.

BACA:

Cuti sekolah dah tiba, ini 8 tips bercuti di Genting Skyworld yang ramai tak tahu

Hampir dengan tarikh nikah, anak dedah muka Mas Idayu…

Bersedia dengan kenaikan OPR minggu ini

CATEGORIES