Bersedia dengan kenaikan OPR minggu ini

Oleh MHDAILY

Bersedia dengan kenaikan OPR minggu ini. Penganalisis ekonomi berpandangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini.

Hal ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus. Kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022.

Baca Artikel Penuh