Bunga Citra Lestari dikecam pakai skirt pendek, “untung orang bawah pentas rakam”

Bunga Citra Lestari dikecam pakai skirt pendek untung orang bawah pentas rakam

Bunga Citra Lestari dikecam pakai skirt pendek, “untung orang bawah pentas rakam”. Persembahan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sekali lagi menarik perhatian penonton ketika menjayakan konsert Sound Session di Balikpapan, Kalimantan Timur pada 27 Ogos lalu.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @loeyde berkongsi satu video memaparkan aksi lincah penyanyi berusia 39 tahun itu menyanyikan lagu Ingkar sambil menghulurkan mikrofon kepada penonton.

Walau bagaimanapun, posisi Bunga atau mesra dipanggil BCL yang memakai skirt pendek dilihat kurang sesuai kerana berada di atas pentas, manakala penonton pula di bahagian bawah.

Ini kerana segelintir penonton dipercayai mampu ternampak bahagian yang tidak sepatutnya, apatah lagi sudah tentu ramai sedang menggunakan telefon bimbit bagi merakam persembahan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, video pendek berdurasi 10 saat itu mendapat hampir 692,000 tontonan serta ratusan komen yang rata-rata ditinggalkan warganet Malaysia.

Bunga Citra Lestari dikecam pakai skirt pendek, "untung orang bawah pentas rakam"

Warganet berkata, pemakaian isteri kepada pelakon Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu dianggap terlalu seksi meskipun dia memakai seluar pada bahagian dalam.

Selain itu, ada juga segelintir warganet sengaja memberi sindiran kepada BLC dengan mengungkit kisah pemergian arwah suaminya.

Komen Netizen :

Hari tu dah tempah kubur sebelah suami?

Moga dapat petunjuk

Bayangkan tengah joget-joget, pastu…

Bawah pentas tengok ‘free’ je

Seksi sangat ni

Pakai ‘inner’ warna kulit?

Terdahulu, tular video persembahan BCL dicium secara spontan oleh penyanyi baru Ray Prasetya sehingga menerima pelbagai kecaman netizen.

Apapun hidup ni kena la bersangka baik, mungkin BLC pakai ‘leggings’ ketat seakan-akan warna kulit.

@mmubarokulkualalumpur hot #bungacitralestari #balikpapan ♬ suara asli – cik izzat

BACA:

Kerusi Rembau: KJ terpaksa redha disuruh beri laluan kepada Tok Mat

Komen Noor Nabila di instagram Sharnaaz buat netizen terpaku

Kenduri jemput sampai satu negeri datang!

CATEGORIES