Itulah pepatah yang sesuai bagi mereka yang sedang terbuai dalam romantika cinta dan sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan orang yang dicintai.
Namun, satu kejadian aneh berlaku kepada seorang lelaki dari India apabila dia terbongkar menyamar sebagai teman wanitanya semata-mata untuk mengambil peperiksaan.
Pada awalnya, teman wanita lelaki tersebut sepatutnya mengambil ujian di Universiti Kesihatan Baba Farid, India.
Lelaki yang dikenali sebagai Angrez Singh telah berpakaian seperti wanita untuk meniru teman wanitanya, Paramjit Kaur, yang berasal dari Fazilkha.
Singh memakai pakaian tradisional wanita, bersolek, memakai gelang, dan bindi di dahi. Namun, identitinya terbongkar apabila sidik jarinya tidak sepadan dengan calon sebenar, iaitu teman wanitanya.
Singh turut menggunakan kad palsu untuk memalsukan identitinya bagi mengambil peperiksaan sebagai ganti Paramjit Kaur. Walaupun mendapat bantuan profesional, dia akhirnya ditangkap oleh polis.
Menurut laporan, polis mendakwa bahawa Singh mendapat bantuan profesional dalam memalsukan dokumen pengenalan diri dan kad pengundi. Kes ini kini sedang disiasat setelah universiti membuat aduan kepada pihak polis.
Perlu diingat, peperiksaan tersebut dijalankan di sebuah universiti sains kesihatan untuk mengisi kekosongan jawatan pekerja kesihatan.
Fuh, rupanya ada yang sanggup meniru cara begini ya?