Isu subsidi petrol sedang hangat diperdebat, harga minyak naik dalam masa terdekat?

Oleh MHDAILY

Isu subsidi petrol sedang hangat diperdebat, harga minyak naik dalam masa terdekat? Petronas Dagangan Bhd (PDB) sedang dalam peringkat komunikasi rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung membabitkan mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman Rani berkata syarikat itu amat memahami kesukaran pada masa ini susulan peningkatan harga minyak mentah yang turut memberi impak kepada Malaysia dan negara-negara lain.

“Jika dilihat keadaan di Thailand misalnya, harga RON95 pada hari ini adalah menyamai RM5 (seliter). Di Singapura, ia hampir mencecah RM10 (seliter).

Baca Artikel Penuh