Kes Bella : TMJ persoal mana ahli politik Malaysia, ada kaitan dengan rumah bonda?

Kes Bella : TMJ persoal mana ahli politik Malaysia, ada kaitan dengan rumah bonda?Seharusnya, dari awal kami tak perlu memukul gendang untuk membuka mata dan telinga semua ahli politik untuk mendengar tangisan Bella.

Ini adalah crime against humanity dan semestinya dipandang jijik oleh semua manusia yang mempunyai hati dan belas kasihan.

Apatah lagi kepada mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk mengambil tindakan.

Eh! Kami tak buat kerja ke?

Rakyat sebagai saksi.

Mana semua ahli politik apabila penderaan kes Bella ini diviralkan?

Mana semua ahli politik apabila Tertuduh hanya dituduh pengabaian dan bukan penganiayaan (penderaan)?

Mana semua ahli politik apabila kes ini dibicarakan di Mahkamah?

Sehingga kami perlu menghantar Memorandum demi Memorandum untuk menarik perhatian mereka.

Kes Bella : TMJ persoal mana ahli politik Malaysia, ada kaitan dengan rumah bonda?

Akhirnya, Allah SWT menghantar HRH Crown Prince of Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda sebagai contoh kepada semua ahli politik dan memberi sokongan penuh untuk membela Bella.

Barulah pada ketika itu keluar seorang-seorang ahli politik dengan segan silu menunjukkan simpati mereka kepada Bella.

Bella adalah tanggung jawab mereka.

Pusat kebaikan adalah bawah bidangkuasa Kementerian Wanita untuk disiasat.

Mereka diberi amanah dan tanggungjawab yang berat. Kelalaian dan kealpaan mereka adalah kekecewaan yang besar untuk seluruh rakyat Malaysia.

TONTON :

BACA:

Peluang kerja di Parlimen Malaysia, mohon sekarang

Lelaki ini dedah petrol RON97 lebih jauh perjalanan boleh pergi, siap bagi tips kaedah guna

CATEGORIES