Hattan tegur BBNU nyanyi lagu lama, “kenapo dilombikkan..” Dah agak isu macam ni mesti akan naik sebab mereka memang selalu sangat ambil karya kita tanpa kebenaran. Itulah apa yang berlaku kepada lagu ‘Tiara’ apabila tiba-tiba menjadi trending selepas dinyanyi semula oleh seorang penyanyi BBNU Indonesia, Raffa Affar.
Walaupun mendapat sambutan yang hangat di sana tapi rata-rata peminat asal lagu ini menjadi berang kerana melodi yang didendangkan lari jauh dengan karya asal.
Nyanyian dengan melodi mendayu-dayu itu turut mendapat kritikan dari Dato Hattan yang mengakui tidak salah menyanyikan semula lagu orang tapi perlu kena dengan caranya. Janganlah sampai mengubah melodi asal menjadi begitu pelik dan berharap agar BBNU tersebut menghormati karya lama.
Jangan main ambil tanpa minta izin..
Selain itu, apa yang menjadi persoalan, adakah BBNU tersebut telah meminta kebenaran kepada pengeluar lagu asal? Hattan menegaskan perkara itu kerana tidak mahu berlaku sebarang jenayah cetak rompak.
BACA:
Tegar dipuji, lidah Indonesia tapi lancar nyanyi lagu ‘Gadis Jolobu’
Lepas rindu..anak Yasin Sulaiman minta ayahnya nyanyi dari dalam penjara
Khai Bahar tak suka orang ‘kenen-kenen’ dengan penyanyi wanita