Khai Bahar tak suka orang ‘kenen-kenen’ dengan penyanyi wanita

Khai Bahar tak suka orang ‘kenen-kenen’ dengan penyanyi wanita. Penyanyi popular, Khai Bahar, 28, mengakui dia kurang selesa apabila ada segelintir peminat suka mengaitkannya supaya betul- betul ‘bercinta’ dengan rakan penyanyi wanita yang berduet dengannya.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, perasaan cinta yang sebenar itu tidak boleh dipaksa-paksa.

Malah, gandingan dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul hanya atas dasar kerja saja.

“Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba ‘kenen-kenen’ saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.

“Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.

Khai Bahar tak suka orang 'kenen-kenen' dengan penyanyi wanita

“Saya mahu berbakti dulu kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Apatah lagi, ibu bapa saya dah semakin berusia dan mereka juga sekarang kurang sihat. Jadi, saya mahu mengutamakan mereka dulu sebelum memikirkan soal cinta, kahwin dan pasangan hidup,” katanya.

Terdahulu, Khai ditemui media pada majlis ramah mesra sempena lagu Kaulah Syurga nyanyian duet bersama penyanyi Lia Aziz yang kini menjadi lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3.

Menurut Khai, kalau dah sampai jodoh pasti tidak ke mana, namun kini dia bekerja gigih mencari rezeki untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya di kampung. Katanya, keutamaan dan fokus memang kepada ibu bapa dan keluarga dulu.

Berbicara juga mengenai rakan duetnya Lia, Khai yang sebelum ini sudah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana dan Aina berkata dia tidak memilih penyanyi tertentu untuk merakamkan lagu bersama.

“Saya tak kisah pun bekerja dengan Lia walaupun dia penyanyi baru. Pada saya, Lia ada kelebihan tersendiri dari segi vokalnya. Malah, dia juga seorang pelajar jurusan muzik di universiti, manakala saya hanya bersandar sepenuhnya dengan bakat saja,” katanya.

Menurut Khai, dia banyak juga menimba ilmu berkaitan muzik dengan Lia dan mereka saling membantu.

Katanya, di antara mereka selesa berkongsi ilmu dan pengalaman sekali gus tiada istilah ‘siapa menumpang populariti siapa’.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/2022/05/843801/tak-payahlah-kenen-kenen-khai-bahar

BACA:

Tambang e-hailing dilapor naik mendadak, buat ramai resah

Terkinja-kinja menari, Nora Danish kena tegur agar tutup ‘susu’

Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura!

CATEGORIES