Tegar dipuji, lidah Indonesia tapi lancar nyanyi lagu ‘Gadis Jolobu’. Malam tadi telah berlangsungnya program realiti ‘Big Stage’ musim ke-4 menyaksikan 8 penyanyi.
Berentap untuk merebut tempat ke separuh akhir. Bertemakan ‘Revolusi 36T’, setiap peserta diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu yang jauh dari genre masing-masing.
Megat dan Syafiq tidak berjaya mara ke separuh akhir Big Stage, Jumpa lagi InsyaAllah
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Adat pertandingan, sudah tentu ada yang berjaya dan tidak. Nasib tersebut turut menimpa Megat Rahim dan Syafiq apabila diumumkan tersingkir selepas mendapat antara markah tercorot daripada juri.
Manakala Elica Paujin pula berjaya melangkah ke peringkat seterusnya walaupun tersenarai dalam bottom 3.
Lihat siaran ini di Instagram
Memang tak bunyi Indonesia Tegar bawa lagu ini…memang power abis
Bagaimanapun, antara nyanyian yang mendapat perhatian malam tadi adalah wakil dari Indonesia, Tegar Septian apabila mendendangkan lagu ‘Gadis Jolobu’ oleh Dato’ Hattan dan Waris.
Walaupun berasal dari negara luar, namun persembahannya menerima pujian ramai oleh kerana berjaya membawa lagu ini dengan lancar serta sebutannya yang cukup jelas.
Dia juga turut menerima pujian daripada juri sehingga mendapat antara markah tertinggi iaitu sebanyak 83.40%.
Lihat siaran ini di Instagram
Aku sebagai orang ‘Nogori’, aku approved cara dia cakap loghat Nismilan…tak dengar macam kekok
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen telah menzahirkan kata-kata pujian selepas Tegar berjaya nyanyi dengan baik serta tidak kekok dalam setiap sebutan lagu tersebut.
Mereka juga turut mendoakan agar artis tersebut berjaya mara ke final serta terus konsisten dalam bidang nyanyian.
Baca:
Elak lakukan 4 perkara ini semasa charge phone anda
Ini 7 jenis ikan yang ada sengat ‘maut’ pada skala 5
Pernahkah anda terfikir jika isi diesel dalam kereta anda? Ini yang akan berlaku..
[/bg_collapse]