”Hanya RM19.06?” Peminat terkejut tengok royalti diterima Tomok sejak 2013

”Hanya RM19.06?” Peminat terkejut tengok royalti diterima Tomok sejak 2013.Muat naik terkini pelakon dan penyanyi, Tomok di Instagram telah menarik perhatian peminatnya. Dalam hantaran tersebut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah berkongsi penyata bank yang menunjukkan jumlah wang royalti yang diterima.

Penyata bank tersebut telah menunjukkan wang royalti yang diterima Tomok, dari tahun 2013 sehingga tahun 2021 yang dianggarkan sangat sedikit dengan perolehan hanya sebanyak RM19.06. Malah, Tomok menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang pa.hit untuk diterima.

Foto – Instagram @tomokofficial
“Pa.hit untuk di telan.. Tapi takpa, terus pandang ke depan #royalty” tulisnya

Netizen Ter.kejut Tomok Terima Royalti Sedikit
Melihat perkongsian penyanyi tersebut, rata-rata daripada mereka berasa terke.jut melihat realiti yang sebenar dan turut membuka mata mengenai pendapatan anak seni yang mungkin tidak seindah khabar.

“Kenapa sampai negatif?? #gajiorangseni”

Hanya

“Dari tahun 2013 banyak ni je.. Allahu. Semoga Allah balas dengan rezeki yang melimpah ruah lepas ni..”

“Patut lah industri hiburan Malaysia tak pernah maju. Dasar ekonomi kapitalis, duit show masuk tv banyak mana semua pihak atas yang cekau”

“Sebab tu Allah.

yarham Tan Sri P. Ramlee tak dapat nak tinggalkan apa-apa untuk anak-anak beliau. Kalau ikutkan banyak royalti yang beliau boleh dapat. Tapi sistem kontrak industri hiburan Malaysia hanya kayakan syarikat dan produser. Kalau tak ada saving dan business, memang tak dapat survive la artis kita. Tak ada pembelaan. Semua tamak.” Komen mereka

Sekadar info, Tomok memulakan karier nya sebagai penyanyi dengan muncul sebagai vokalis kumpulan New Boyz pada tahun 1999. Kemudian, Tomok menempa nama sebagai penyanyi solo selepas menjuarai program realiti One In A Million bagi musim yang ketiga pada tahun 2008.

BACA: Tular di TikTok kejadian awan jatuh ke bumi, ini sebenarnya terjadi
Netizen tularkan ‘kembar’ menari, sekali AC Mizal bagi komen padu
Presiden Pas sahkan pemecatan Khairuddin

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)