Netizen tularkan ‘kembar’ menari, sekali AC Mizal bagi komen padu. Sejak semalam, video seorang penari yang mengiringi nyanyian Ayu Damit tular di media sosial.
Ia apabila videonya sedang membuat persembahan telah dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok milik @daruslantak.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Apa yang membuatkan ramai ‘terkasima’ adalah wajahnya yang seiras dengan pengacara terkenal Tanah Air, Dato’ AC Mizan.
Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan meninggalkan komen-komen lucu di ruangan TikTok berkenaan.
Ini kerana merasakan penari itu dan Dato’ AC benar-benar mirip.
Sedar akan namanya ‘dipetik’ netizen dan video terbabit juga sedang tular, pengaca program Maharajalawak Mega itu telah memberi respon yang sempoi di ruangan Instagramnya.
Dia juga mengakui yang wajahnya mirip sekali dengan penari berkenaan walaupun menafikan individu tersebut merupakan dia.
Walau bagaimanapun, Dato’ AC secara berseloroh telah mengeluarkan ‘rahsianya’ apabila memuat turun video tersebut.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen.
Mereka sama-sama bergurau dengan pengacara berkenaan berkaitan video penari itu.
Mereka juga melihat tetap mempertahankan kenyataan yang penarinya memang Dato’ AC dan turut dibalas oleh selebriti berkenaan.
Lihat siaran ini di Instagram