Hamzah sah Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Oleh MHDAILY

Hamzah sah Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN.

“Dalam mesyuarat PN kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang,” katanya.

Baca Artikel Penuh