Grab makin mahal buatkan ramai yang beralih naik teksi, ini aplikasi lain yang lebih murah

Oleh MHDAILY

Grab makin mahal buatkan ramai yang beralih naik teksi, ini aplikasi lain yang lebih murah. Kalau dulu teksi menjadi perantaraan pengguna dari satu tempat ke tempat lain, kemudian platform seperti Grab, Uber, Lyft hadir dengan aplikasi di telefon untuk memudahkan tempahan.

Pemandu teksi tempatan beberapa tahun dulu pernah membuat bantahan kepada kerajaan kerana platform Grab menjejaskan periuk nasi mereka.

 

Hari ini, keadaan sudah terbalik.

Tempahan Grab pernah menjadi pilihan utama pengguna kerana harganya tetap serta senang dicapai, tapi sekarang pengguna kembali menggunakan perkhidmatan teksi kerana harganya lebih murah.

Pengguna tempatan sudah merungut berkenaan harga perkhidmatan Grab yang melambung naik ini sejak beberapa minggu lalu.

Antara yang diajukan ialah harganya yang mahal walaupun waktu tersebut bukanlah sepatutnya waktu puncak.

Grab makin mahal buatkan ramai yang beralih naik teksi, ini aplikasi lain yang lebih murah

Menurut Kamarudin Mohd Hussain, Presiden Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM), bilangan pelanggan teksi kini meningkat sebanyak 40% gara-gara harga perkhidmatan e-hailing melambung, lapor The Sun.

Ada sesetengah berpendapat hal ini disebabkan kekurangan pemandu Grab namun pengguna juga berasakan ia hanya muslihat Grab untuk mendapatkan untung lebih.

Berbeza dengan pemandu pemandu Grab pula, ada antara mereka yang berpendapat sesetengah perjalanan tidak berbaloi dengan kesesakan trafik yang dihadapi mereka.

Ada juga pemandu Grab yang menggunakan hujah “mahal tak payah beli” kerana mereka juga menanggung kos untuk mengambil pengguna di lokasi dan sebagainya.

Dengan kembalinya pengunaan perkhidmatan teksi di Malaysia, diharapkan pemandu-pemandu teksi bermeter dapat meraih pendapatan lebih berbanding ketika pasaran didominasi Grab.

Sejak awal-awal Uber keluar Malaysia pada 2018, pengguna sudah mula gusar jika Grab akan memonopoli pasaran tempatan pada masa akan datang. Kerisauan ini nampaknya sudah mula menjadi kenyataan.

Antara alternatif yang anda boleh lakukan selain mendapatkan teksi ialah memasang seberapa banyak aplikasi e-hailing yang tersedia di kawasan anda. Contohnya;

Maxim
InDriver
airasia Super App
MyCar
Walaupun tidak tersedia di semua kawasan, namun sekurang-kurangnya ia boleh membantu anda mendapatkan perkhidmatan alternatif dengan harga yang lebih munasabah.

Jika anda memilih menggunakan teksi, pastikan ia teksi bermeter supaya poket anda tidak ‘tertiris’.

BACA:

Lelaki dedah rahsia buat swimming pool di rumah dengan kos murah, jimat duit!

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Orang ramai persoal gelaran ‘Dato’ Ifa Raziah, “dapat ke beli ni..”