Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar. Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu perlu dilihat secara menyeluruh seiring proses pemulihan ekonomi negara.

Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.

“Mereka ini (pendeposit tetap) bakal menikmati pulangan yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan OPR tersebut
.
“Maksudnya, bagi mereka yang ingin menyimpan, mungkin ada duit lebihan dan hendak simpan dalam tempoh sebulan, dua, tiga bulan atau setahun, mereka bakal menikmati kadar keuntungan yang lebih menarik lagi.

“Kalau kita lihat tempoh matang deposit tetap selama 12 bulan, kalau tidak silap saya kadarnya adalah sekitar 1.8 peratus atau 2.0 peratus.

“Dengan kenaikan OPR ini, maka pulangan kepada deposit tetap ini bakal dinaikkan siring kenaikan OPR,” katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI pada Khamis.

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut meningkat masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Peningkatan itu bagaimanapun tidak dijangkakan sebelum ini, apabila pakar-pakar ekonomi rata-rata mengunjurkan OPR akan kekal pada 1.75 untuk suku tahun ini, seperti dalam tinjauan yang dilakukan oleh organisasi media seperti Astro AWANI, Reuters dan Bloomberg.

BACA:

Orang ramai persoal gelaran ‘Dato’ Ifa Raziah, “dapat ke beli ni..”

Suami mengaku buat hubungan dengan isteri orang sampai hamil, menangis merayu..

“Permohonan berhenti bayaran zakat kepada saya..”, surat asnaf jujur ini kepada LZS dipuji

CATEGORIES