Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan

Oleh MHDAILY

Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan. Baru-baru ini juara program realiti Akademi Fantasi musim keempat, Faizal Ramly memuat naik video di akaun TikTok miliknya sekaligus menjawab persoalan peminat tentang keberadaan dirinya selepas sekian lama menyepikan diri.

Kini bergelar peniaga

Menerusi video tersebut, Faizal berkongsikan berita gembira mengenai penglibatan dirinya dalam bidang baru yang dijadikan kerjaya selain dari bergelar penyanyi. Difahamkan dia kini telah memulakan kerja sebagai seorang penjual mesin penapis air sebuah syarikat penyedia kelengkapan rumah berjenama terkenal.

Masih aktif sebagai penyanyi

Ujarnya lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian walaupun telah berkecimpung dalam kerjaya baru dan tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa antara kedua-dua kerjayanya itu.

Baca Artikel Penuh